Tuesday, November 10, 2009


Friday, October 2, 2009

Stail Perbualan Kita Melambangkan Attitude Kita

Kita boleh nilai seseorang dari kata-kata yang selalu diucapkannya. Orang positif dan bertindak positif, kata-katanya penuh bersemangat.
Pada kebanyakan ketika, kata-katanya tenang, baik, penuh pengharapan. Kita boleh nampak sikap optimisnya. Dia percaya sesuatu boleh berlaku, bahkan memberi kata-kata semangat buat orang lain yang sedang berusaha menuju kejayaan sepertinya.
Dari kita asyik buang masa memikirkan pasal kburukan org, lebih baik kita gunakan masa yang ada untuk membina kehebatan diri kita, mempelajari sesuatu, memperbaiki diri supaya jadi semakin baik dari tahap sebelumnya.
Lebih baik kita gunakan tenaga mental kita untuk memperbaiki pencapaian kita dari asyik membualkan sikap-sikap negatif yang menyakitkan hati.
Mulai hari ni, di kala sedang berbual-bual, jaga attitude kita. Attitude adalah sikap, iaitu perangai kita. Kita tak sedar kita bersikap negatif dikala berbual-bual.
Mengawal sikap negatif dan kata-kata negatif memerlukan kita peka kepada setiap kata-kata di mulut, di hati dan di fikiran.
Kita kena peka kepada setiap emosi kita. Emosi kita sering berubah-ubah tanpa kita sedari. Kita cepat memberi respon pada semua situasi yang kita lalui, yang kita nampak dan yang kita terserempak.
Untuk kita mengambil hati orang lain, kita kena latih perbualan kita supaya penuh dengan bunga-bunga perkataan positif, emosi positif, idea-idea positif.
Latih dan terus berlatih, lakukannya sekerap mungkin.
Terus perbaiki diri, jangan terlalu cepat berpuas hati. -imotivasi

Hidup Mahu Menguji Kita

Banyak perkara berlaku sekarang ni, terutama perubahan cuaca. Sekejap panas, sekejap hujan. Sekejap jerebu sampai naik kering tekak dibuatnya. Namun, yang pasti, semua itu berlaku semata-mata mahu menguji kita.
Ia menguji keimanan kita, emosi kita juga tahap motivasi kita. Kesusahan adalah satu ujian. Kesenangan juga adalah satu ujian kepada kita- cemana kita handle dan cemana kita buat yang terbaik, make the best of it.Kita cepat lalai bila kita dah senang. Kita cepat menyalahkan takdir bila kita susah. Sebagai manusia beremosi, itulah kelemahan kita.
Maka, kita kena bijak mengawal emosi supaya kita boleh menarik situasi-situasi yang boleh membuat kita berjaya, bekerjasama dengan orang-orang yang membantu kita mencapai kejayaan dan bertemu perkara-perkara yang membuat kita cepat mencapai kejayaan.
Latih diri untuk tidak selalu menyalahkan - menyalahkan orang, menyalahkan situasi, menyalahkan perkara atau menyalahkan sesuatu benda.
Jangan komen dan jangan banyak songeh.
Lalui saja, kemudian jangan berhenti memfokus kepada apa yang kita mahu capai, iaitu matlamat kita.
Ujian akan menjadi sementara bila kita laluinya dengan sabar dan tenang. Andai kata kita menggelabah, marah atau tertekan, ujian yang datang makin bertambah bertimpa-timpa. Memula kita anggap ujian, tapi tertekan punya pasal, kita anggap ia satu musibah.
Last-last, motivasi kita hilang entah ke mana.
Apa-apapun yang mendatang, apa-apapun yang berubah disekeliling kita, apa-apapun emosi yang menguasai kita, nak menghadapi semua tu pendirian kita kena teguh. Jiwa kita kena kuat.
Menikmati kejayaan dan kecemerlangan, kita perlu bersedia menghapi apa jua yang mendatang walau cemana pun rupanya - susah atau senang.
Mulai hari ini, jangan mudah lalai bila kita sudah berada di tahap selesa, kemudian jangan mudah terkasima bila ujian diturunkan buat kita.
Kita mesti tahu apa yang kita nak capai dalam hidup dan apa peranan kita, barulah kita boleh mencemerlangkan diri kita dalam apa jua yang kita lakukan. -imotivasi

Sebab Apa Kita Diuji

Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.
Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.
Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Anda boleh perhati sikap camni kat mana-mana.
Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.
Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.
Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.
LiveStrong! -imotivasi