Kita boleh nilai seseorang dari kata-kata yang selalu diucapkannya. Orang positif dan bertindak positif, kata-katanya penuh bersemangat.
Pada kebanyakan ketika, kata-katanya tenang, baik, penuh pengharapan. Kita boleh nampak sikap optimisnya. Dia percaya sesuatu boleh berlaku, bahkan memberi kata-kata semangat buat orang lain yang sedang berusaha menuju kejayaan sepertinya.
Dari kita asyik buang masa memikirkan pasal kburukan org, lebih baik kita gunakan masa yang ada untuk membina kehebatan diri kita, mempelajari sesuatu, memperbaiki diri supaya jadi semakin baik dari tahap sebelumnya.
Lebih baik kita gunakan tenaga mental kita untuk memperbaiki pencapaian kita dari asyik membualkan sikap-sikap negatif yang menyakitkan hati.
Mulai hari ni, di kala sedang berbual-bual, jaga attitude kita. Attitude adalah sikap, iaitu perangai kita. Kita tak sedar kita bersikap negatif dikala berbual-bual.
Mengawal sikap negatif dan kata-kata negatif memerlukan kita peka kepada setiap kata-kata di mulut, di hati dan di fikiran.
Kita kena peka kepada setiap emosi kita. Emosi kita sering berubah-ubah tanpa kita sedari. Kita cepat memberi respon pada semua situasi yang kita lalui, yang kita nampak dan yang kita terserempak.
Untuk kita mengambil hati orang lain, kita kena latih perbualan kita supaya penuh dengan bunga-bunga perkataan positif, emosi positif, idea-idea positif.
Latih dan terus berlatih, lakukannya sekerap mungkin.
Terus perbaiki diri, jangan terlalu cepat berpuas hati. -imotivasi
